Peristiwa-Peristiwa Pada Bulan Muharram

Penulis: Khumar Mahendra

Gagasanonline- Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kelender Hijriyah. Bulan Muharram termasuk bulan yang istimewa bagi umat islam atau lebih dikenal dengan sebutan bulan Haram. Bulan Haram terdiri dari empat bulan, yakni Dzulqa’dah, Dzulhijjah, Muharram, dan Rajab.  Rasulullah SAW bersabda:

“Dalam satu tahun ada 12 bulan, diantaranya ada empat bulan Haram, tiga bulan secara berurutan adalah Dzulqa’dah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajabnya Mudhar yang berada di antara Jumada dan Sya’ban.” (HR.Bukhari).

Dikutip dari tulisan Sri Saidatina Khadijah, terjadi banyak peristiwa bersejarah pada 10 Muharram, di mana pada hari inilah Allah memuliakan nabi-nabi yakni:

Baca juga: Memanfaatkan Nikmat Waktu Luang

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada 10 Muharram Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

2. Pada 10 Muharram juga, Nabi Idris a.s telah dibawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan derajatnya.

3. Pada 10 Muharram berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia dan binatang yang terselamatkan dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi.

4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharram dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.

Baca juga: Anjuran Saat Sedang Sakit

5. Pada 10 Muharram ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun baginda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin memiliki isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharram.

6. Pada 10 Muharram ini juga Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.

7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharram daripada kekejaman Firaun dengan menguriniakan mukjizat tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s

Baca juga: Anugerah dari Allah SWT

8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharram, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharram ini Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.

10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharram sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya:

“Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak suka boleh meninggalkannya.”

Baca juga: Keutamaan Puasa Syawal

Sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah sunnah.

Sumber kajian: Sri Saidatina Khadijah
Editor: Delfi Ana Harahap
Foto: Internet




Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

Situs ini menggunakan Akismet untuk mengurangi spam. Pelajari bagaimana data komentar Anda diproses.